Our Story

Assalamualaikum, nama saya Muhammad Asyraaf Bin Shaharuddin seorang Takaful Consultant berdaftar yang bernaung di bawah Syarikat Muqmeen Group PruBsn.

Memetik kata-kata sahabat baik saya dalam bidang Takaful "Menguaplah sepuasnya, saya tak akan ambil hati". Saya faham, polisi Takaful bukanlah sesuatu yang orang letak sebagai keperluan utama melainkan bila dalam keadaan memerlukan. Saya berada dalam sebuah perniagaan membantu orang lain supaya sedar akan pentingnya perlindungan Takaful.

Ayah, Suami, Pahlawan dan Ejen Takaful. Bagi saya mereka semua berkongsi satu persamaan iaitu membantu orang lain. Minat saya dari kecil adalah untuk hidup sebagai seorang manusia yang bermanfaat. Menjadi seorang Takaful Consultant yang berwibawa dan amanah adalah cara saya mencapai minat itu yang saya pupuk sejak kecil.

Keputusan berada di tangan anda. Istilah Takaful mungkin nampak membingungkan pada awalnya. Namun ketika anda mempunyai tuntutan kemalangan berjumlah RM 40,000, bil hospital yang tinggi atau pengurusan pusaka yang rumit... tekanan perasaan dan kewangan boleh menjadi luar biasa.

Tugas saya adalah untuk membincangkan cara membeli plan Takaful yang sesuai untuk anda dan cara mengendalikan tuntutan.

Saya akan membantu anda. Di samping menjadi seorang pendengar yang baik, saya bertanya soalan yang banyak dan menjawab segala pertanyaan anda. Hal ini supaya anda mendapat keyakinan dan tahu bahawa keperluan kewangan anda dilindungi.

See how our process works.

Izinkan saya mendengar tentang impian dan matlamat anda. Kemudian mari kita cari beberapa cara untuk melindungi mereka.

Consultation dan Quotation adalah percuma. Tempah masa untuk consultation sekarang.